fb fb fb fb fb

165 rakyat Palestin terbunuh di Gaza dalam tempoh 24 jam selepas keputusan ICJ

Israel meneruskan serangan ke atas Gaza, membunuh sekurang-kurangnya 26,422 rakyat Palestin, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, dan mencederakan 65,087 sejak 7 Oktober/ AFP

ANKARA, 28 Januari- Sekurang-kurangnya 165 rakyat Palestin terbunuh dan 290 lagi cedera dalam tempoh 24 jam terakhir ketika Israel meneruskan serangan ke atas Semenanjung Gaza yang dikepung, kata Kementerian Kesihatan hari ini.

"Pendudukan Israel melakukan 19 pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga di Semenanjung Gaza, menyebabkan 165 syahid dan 290 cedera dalam tempoh 24 jam yang lalu," Anadolu Agency memetik kementerian itu dalam satu kenyataan.

"Ramai orang masih terperangkap di bawah runtuhan kerana penyelamat tidak dapat mencapai mereka," tambahnya.

Di sebalik keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ), Israel meneruskan serangan ke atas Gaza, membunuh sekurang-kurangnya 26,422 rakyat Palestin, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, dan mencederakan 65,087 sejak 7 Oktober, menurut pihak berkuasa kesihatan Palestin.

Serangan Israel telah menyebabkan 85 peratus penduduk Gaza kehilangan tempat tinggal di tengah-tengah kekurangan makanan, air bersih dan ubat-ubatan, manakala 60 peratus infrastruktur kawasan itu rosak atau musnah, menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). - BERNAMA-ANADOLU

ZEHRA BINTI ZAMBRI