fb fb fb fb fb

15 maut nahas trem Lisbon

FOTO REUTERS

LISBON, 4 September - Sekurang-kurangnya 15 penumpang terkorban manakala 18 lagi cedera dalam nahas kereta api furnikular di sini.

Trem bersejarah Gloria itu tergelincir dan merempuh sebuh bangunan di Rua da Gloria.

Menurut akhbar tempatan, kemalangan berlaku kira-kira pukul 6 petang waktu tempatan ketika kereta api bergerak dari Sao Pedro de Alcantara menuju ke Restauradores.

Pasukan penyelamat mengeluarkan mangsa daripada gerabak yang musnah.

Sembilan penumpang dilaporkan cedera, termasuk lima dalam keadaan kritikal, manakala tiga lagi termasuk seorang kanak-kanak mengalami cedera ringan dirawat di hospital.

Menurut pihak berkuasa, punca kemalangan masih belum diketahui.

Polis menjalankan siasatan bagi menentukan punca dan meneliti jika ada unsur jenayah.

Pejabat Pencegahan dan Penyiasatan Kemalangan Pesawat dan Kereta Api (GPIAAF) juga akan mula mengumpulkan bukti di lokasi kejadian.

Presiden Portugal, Marcelo Rebelo de Sousa kesal dengan insiden itu, khususnya terhadap kemalangan jiwa dan kecederaan serius yang berlaku terhadap penumpang.

Beliau menzahirkan simpati dan solidariti dengan keluarga mangsa dan berharap tragedi itu dapat dijelaskan dengan segera oleh pihak berkuasa.

Dalam masa sama, kerajaan turut mengisytiharkan seluruh negara akan berkabung berikutan nahas terbabit.

"Lisbon sedang berkabung. Ia tragedi yang tidak pernah berlaku sebelum ini di bandar kami, kata Datuk Bandar, Carlos Moedas. - REUTERS

MUHAMMAD 'AZAMUDDIN HUSSAIN