BAJA CALIFORNIA, 4 September- Taufan Lorena meningkat kepada ribut kategori 1 di timur Lautan Pasifik pada Rabu, bergerak ke arah semenanjung Baja California, Mexico dengan membawa hujan lebat dan angin kencang.
Ribut itu mencatat kelajuan angin berterusan sehingga 129 kilometer sejam dan bergerak ke arah barat laut pada kelajuan 24 kilometer sejam.
Setakat petang Rabu, ia dikesan berada kira-kira 261 kilometer barat daya bandar La Paz.
Pihak ramalan cuaca memberi amaran kemungkinan berlaku banjir kilat serta ombak besar, dengan taburan hujan mencecah sehingga 254 milimeter dijangka dalam tempoh 24 jam di beberapa kawasan terjejas.
Lorena merupakan ribut taufan ke-12 yang dinamakan di timur Lautan Pasifik bagi musim ini, yang berlangsung dari 15 Mei hingga 30 November.
Secara kebiasaannya, taufan di rantau berkenaan bergerak ke arah barat, namun ada juga yang beralih ke utara, seperti Taufan Hilary pada 2023 yang membawa hujan lebat ke pantai barat Mexico dan sehingga ke selatan California. -REUTERS