fb fb fb fb fb

15 maut, 50 cedera dalam serangan Rusia di stesen kereta api Ukraine

(Presiden Volodymyr Zelensky/AFP)

KIEV, 25 Ogos- Serangan Rusia di sebuah stesen kereta api Ukraine membunuh 15 orang dan mencederakan 50 yang lain, kata Presiden Volodymyr Zelensky.

“Saya baru sahaja menerima maklumat mengenai serangan peluru berpandu Rusia terhadap stesen kereta api di wilayah (tengah) Dnipropetrovsk. Sekurang-kurangnya 15 orang terbunuh dan sekitar 50 cedera,” kata Zelensky dalam ucapan kepada Majlis Keselamatan Pertubuhuan Bangsa Bersatu.

Zelensky berkata serangan itu "mengenai tepat pada gerabak di stesen Chaplino. Empat koc penumpang terbakar".

"Penyelamat sedang bertugas di tempat kejadian, malangnya angka kematian mungkin meningkat. Ini adalah kehidupan harian kami," kata Zelensky.

(Peluru berpandu Rusia melanda stesen kereta api di Ukraine/Twitter@DmytroKuleba)

Serangan itu dilancarkan ketika Ukraine menyambut Hari Kemerdekaan, memperingati pemisahannya daripada Kesatuan Soviet pada tahun 1991.

Ia juga muncul ketika negara itu memasuki bulan ketujuh perang menentang Rusia, yang bermula pada 24 Februari.

Zelensky mengulangi ikrarnya bahawa Ukraine akan berjuang "hingga akhir".

Walaupun kebanyakan pertempuran kini berlaku di timur dan selatan Ukraine, Rusia kerap menyerang bandar-bandar Ukraine dengan peluru berpandu jarak jauh, menurut Kiev. -AFP

Media Baharu