fb fb fb fb fb

15 maut, 44 cedera dalam kebakaran pangsapuri di timur China

FOTO REUTERS

BEIJING, 24 Februari- Sekurang-kurangnya 15 orang terbunuh dan 44 lagi cedera dalam kebakaran di sebuah pangsapuri dekat Nanjing, timur China, semalam.

Kebakaran di daerah Yuhuatai itu dilapor berlaku pada awal pagi dan siasatan awal mendapati api bermula di tingkat satu bangunan terbabit yang menempatkan pakir basikal elektrik.

Sebanyak 25 trak bomba telah dikerah untuk memadam kebakaran.

Api kemudian berjaya dikawal kira-kira pukul 6.00 pagi dan operasi mencari dan menyelamat ditamatkan sepenuhnya sekitar pukul 2.00 petang.

Kebakaran dan kemalangan maut adalah perkara biasa di China disebabkan oleh piawaian keselamatan dan penguatkuasaan yang lemah. -AFP

2402 BD CHINA APARTMENT TERBAKAR 3
FOTO REUTERS

SITI AISHAH MD ISA