PALESTIN, 24 Februari- Sekurang-kurangnya 29,606 penduduk Gaza terbunuh dalam serangan Israel ke atas wilayah itu sejak perang bermula pada 7 Oktober lalu.
Data yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Gaza hari ini memaklumkan kebanyakkan korban itu adalah orang awam dalam kalangan kanak-kanak, wanita dan warga emas.
Seramai 69,737 penduduk lagi cedera dalam serangan Israel yang banyak menyasarkan kediaman dan kemudahan awam seperti hospital serta kem pelarian.
Pihak tersebut memaklumkan, sekurang-kurangnya 92 kematian direkodkan dalam tempoh 24 jam lalu. -AFP