DAKAR, 30 Ogos- Sekurang-kurangnya 14 orang maut manakala 29 lagi cedera apabila sebuah bas dan sebuah lori bertembung pada Khamis di Mali, kata kementerian pengangkutan.
Kejadian berlaku sekitar pukul 6.00 pagi di jalan utama berhampiran bandar Fana, timur ibu kota Bamako, menurut kementerian tersebut.
Bas itu dilaporkan dalam perjalanan dari Fana ke Bamako, manakala lori tersebut menuju ke arah yang bertentangan.
Siasatan kini sedang dijalankan.
Kemalangan jalan raya adalah perkara biasa di negara Afrika Barat berkenaan, selalunya disebabkan oleh keadaan jalan dan kenderaan yang buruk, serta kecuaian manusia.
Pada bulan Julai, 16 orang maut apabila dua bas bertembung di tengah Mali.-AFP