fb fb fb fb fb

14 kanak-kanak maut, feri karam di Sungai Mekong

(Foto hiasan/AFP)

PHNOM PENH, 15 Oktober- Sekurang-kurangnya 14 kanak-kanak terbunuh apabila feri yang membawa mereka pulang dari sekolah karam di Sungai Mekong, Kemboja.

Ketua Polis Wilayah Chhoeun, Sochet berkata pasukan penyelamat sedang mencari seorang pelajar lain. Katanya, mangsa yang terlibat berusia 11 hingga 14 tahun.

“Kes ini berpunca daripada pemilik bot membawa lebih muatan, cuai, dan tiada jaket keselamatan untuk perlindungan,” katanya menerusi catatan media sosial.

Menurut agensi berita AFP, dua orang pelajar dan dua pengendali bot dewasa terselamat.

Perdana Menteri, Hun Sen mengucapkan takziah di media sosial dan mengarahkan pihak berkuasa untuk membantu keluarga mangsa yang terlibat.

“Orang ramai terutama yang tinggal di berhampiran sungai perlu berhati-hati apabila keadaan banjir yang semakin kerap,” katanya merujuk kepada musim tengkujuh yang berterusan.

Jutaan rakyat Kemboja tinggal dan bekerja berhampiran sungai Mekong, laluan air utama yang mengalir melalui beberapa negara Asia Tenggara dan China.-REUTERS


(Foto hiasan)

Media Baharu