MEXICO CITY, 8 September – Pihak berkuasa Mexico menahan 14 individu disyaki terlibat dalam kegiatan perdagangan haram bahan api, kata Setiausaha Keselamatan, Omar Garcia Harfuch.
Penahanan itu susulan rampasan sebuah kapal tangki petroleum Challenge Procyon di Pelabuhan Tampico pada 19 Mac lalu, yang membawa hampir 63,000 tong diesel serta beberapa bekas dan kenderaan untuk pengangkutan dan penyimpanan.
Kapal dari Amerika Syarikat itu dilaporkan membawa diesel yang sepatutnya dikenakan cukai khas import, namun diisytiharkan kepada kastam sebagai bahan petrokimia bebas cukai.
Harfuch menyifatkan rampasan tersebut antara yang terbesar dalam sejarah terkini dan membuka jalan kepada siasatan serta risikan yang mendedahkan sebahagian struktur jenayah di sebalik kegiatan itu.
Identiti syarikat tidak didedahkan, manakala nama pertama 14 individu terbabit sahaja diumumkan.
Siasatan terhadap ahli perniagaan, pegawai tentera laut dan bekas pegawai kastam yang terlibat masih diteruskan. -REUTERS