fb fb fb fb fb

CHP seru himpunan bantah tindakan polis kepung ibu pejabat di Istanbul

Foto Reuters

ISTANBUL, 8 September – Parti pembangkang utama Turki, Parti Rakyat Republikan (CHP), menyeru rakyat berhimpun di Istanbul bagi membantah tindakan polis memasang penghadang di sekitar ibu pejabatnya yang disifatkan sebagai “kepungan.”

CHP sebelum ini berdepan tindakan undang-undang berbulan-bulan sehingga ratusan ahlinya ditahan, termasuk Datuk Bandar Istanbul, Ekrem Imamoglu, seteru utama Presiden Tayyip Erdogan.

Penahanannya pada Mac lalu mencetuskan protes terbesar di Turki dalam tempoh 10 tahun.

Terbaharu, mahkamah mengarahkan pemecatan ketua wilayah Istanbul CHP atas dakwaan penyelewengan dalam kongres 2023, mencetuskan gesaan Pengerusi CHP, Ozgur Ozel, supaya rakyat turun mempertahankan parti itu.

“Saya menyeru semua demokrat dan ahli CHP untuk mempertahankan rumah Ataturk di Istanbul,” katanya merujuk kepada pengasas Turki moden, Mustafa Kemal Ataturk. -REUTERS

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN