fb fb fb fb fb

137 trak bantuan tiba di Gaza sejak gencatan senjata bermula - PBB

Foto AFP

NEW YORK, 25 November - Sebanyak 137 trak yang membawa makanan, air, ubat-ubatan dan barangan keperluan lain telah tiba di Gaza sejak gencatan senjata Israel-Hamas bermula Jumaat, kata Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB).

Ini merupakan konvoi kemanusiaan terbesar memasuki Gaza sejak perang bermula pada 7 Oktober lepas, kata pejabat PBB bagi hal ehwal kemanusiaan dalam satu kenyataan.

Kenyataan turut memaklumkan, sebanyak 129,000 liter bahan api juga telah memasuki wilayah Palestin, dan 21 pesakit yang berada dalam keadaan kritikal dipindahkan dari utara Gaza.

“Beratus-ratus ribu orang telah dibantu dengan makanan, air, bekalan perubatan dan barangan kemanusiaan penting lain,” Tambah agensi itu.

Kenyataan juga memaklumkan sejumlah 200 trak dihantar dari perkampungan Nitzana Israel ke sempadan Rafa antara Gaza dan Mesir.-AFP

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN