MANILA, 25 Mac- Sekurang-kurangnya 13 orang terbunuh di selatan Filipina selepas kemalangan yang melibatkan lori yang sarat dengan muatan pasir dan sebuah van penumpang, kata pihak berkuasa tempatan.
Kejadian berlaku di jalan utama di bandar Antipas di wilayah Cotabato utara di pulau kedua terbesar di Mindanao.
Pegawai bomba Samuel Lumayon berkata tiga belas mayat berada di lokasi kejadian. Katanya, angka kematian dijangka meningkat, selepas beberapa orang yang cedera parah dibawa ke hospital.
Saksi melaporkan bahawa brek lori itu kelihatan gagal berfungsi sebelum perlanggaran berlaku, kata pegawai bencana Mic Garfin kepada AFP.
Garfin berkata van itu terbakar, mungkin kerana impak rempuhan.
Kemalangan jalan raya yang membawa maut adalah perkara biasa di Filipina. Pemandu kerap melanggar peraturan dan kenderaan diselenggara dengan baik atau terlebih muatan.-AFP