fb fb fb fb fb

13 maut, bandar pelabuhan Argentina musnah dibadai ribut, hujan lebat

Bahía Blanca 'musnah' selepas dilanda hujan dalam berapa jam memaksa ratusan penduduk berpindah

BAHÍA BLANCA, 9 Mac - Sekurang-kurangnya 13 orang maut dan ratusan penduduk dipindahkan selepas hujan lebat dan ribut luar biasa melanda bandar pelabuhan Bahía Blanca, di selatan Argentina.

Bencana itu sekali gus menyebabkan banjir besar serta gangguan bekalan elektrik di kawasan itu.

Dua kanak-kanak perempuan dilaporkan hilang, dipercayai dihanyutkan arus deras.

Hujan lebih 400mm dalam lapan jam – bersamaan jumlah tahunan bandar itu – menenggelamkan rumah, hospital dan jalan raya.

Jumlah kematian meningkat kepada 13 orang pada Sabtu, berbanding 10 sehari sebelumnya, ketika usaha mencari dan menyelamat masih diteruskan.

Pihak berkuasa bimbang angka korban mungkin terus bertambah di bandar yang menempatkan 350,000 penduduk yang terletak kira-kira 600 kilometer dari Buenos Aires.

Penduduk kawasan turut kecewa dan marah dengan kelewatan bantuan.

Sementara itu, bayi-bayi dipindahkan dari hospital yang ditenggelamkan air.

Kerajaan mengumumkan bantuan kecemasan berjumlah AS$9.2 juta untuk pemulihan.

Pegawai alam sekitar menyifatkan bencana ini sebagai bukti kesan perubahan iklim dan menekankan keperluan sistem amaran awal yang lebih berkesan. – AFP

GRACE AISYAH KEDAYAN