fb fb fb fb fb

Gabenor isytihar darurat, 4 kebakaran hutan landa New York

Helikopter penyelamat dikerahkan untuk mengambil air di Tasik Wild Wood pada Sabtu, 8 Mac 2025, bagi membantu memadamkan kebakaran hutan yang melanda Westhampton, New York / AFP

NEW YORK, 9 Mac- Empat kebakaran hutan dilaporkan berlaku berhampiran kawasan Hamptons, Long Island, New York pada Sabtu.

Gabenor New York, Kathy Hochul mengisytiharkan darurat di kawasan tersebut pada petang Sabtu susulan kejadian itu.

Asap tebal kelihatan memenuhi ruang udara di Westhampton, salah satu kawasan yang terjejas.

Pihak berkuasa di beberapa bandar berhampiran telah mengeluarkan arahan pemindahan dan menasihatkan penduduk untuk segera meninggalkan kawasan berkenaan, lapor New York Post.-REUTERS

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE