fb fb fb fb fb

12 militan terbunuh di Filipina

Foto Fail

MANILA, 23 April- Seramai 12 militan terbunuh di selatan Filipina semasa pertempurannya dengan pasukan keselamatan di wilayah Maguindanao del Sur di Pulau Mindanao, semalam.

Menurut kenyataan tentera Filipina, tujuh askar turut cedera dalam insiden tersebut.

"Ketua militan sebuah pertubuhan dan abangnya terbunuh bersama-sama dengan 10 yang lain.

"Pasukan tentera turut merampas 12 senjata api, termasuk lima senapang M16," menurutnya.

Tambah kenyataan itu, wilayah Maguindanao del Sur adalah tempat perlindungan bagi beberapa kumpulan bersenjata. - AFP

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM