fb fb fb fb fb

Gempa bumi Taiwan, tiada kemalangan jiwa

Foto AFP

TAIWAN, 23 April- Tiada kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini susulan gempa bumi yang melanda Taiwan bermula semalam sehingga ke awal pagi tadi.

Menurut pihak berkuasa, kerajaan daerah Hualien membuat penutupan sekolah dan pejabat hari ini ekoran insiden itu.

Sebuah bangunan hotel yang sebelum ini rosak di Hualien, mula condong selepas gempa bumi tersebut.

"Saya terlalu takut untuk bergerak dan terus berbaring di atas katil,” kata penduduk, Kevin Lin.

Terdahulu, Pentadbiran Cuaca Pusat memaklumkan beberapa siri gegaran mula melanda Taiwan, terutamanya di Hualien.

Gegaran paling kuat berukuran 6.3 magnitud dari timur Hualien. - AFP

Artikel Berkaitan:
Gempa bumi kuat landa Taiwan

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM