fb fb fb fb fb

11 orang awam termasuk kanak-kanak maut dibedil meriam Rusia

KHARKIV, 2 Mac- Sekurang-kurangnya 11 orang awam termasuk kanak-kanak maut selepas kawasan penempatan di bandar kedua terbesar Ukraine, Kharkiv dibedil meriam Rusia.

Insiden terbaharu itu mengundang kecaman antarabangsa kerana ia melibatkan lokasi perumahan awam dan bukan penempatan prasarana strategik dan kemudahaan ketenteraan Ukraine.

Serangan berlaku ketika Moscow terus dihimpit tekanan antarabangsa yang mendesak konflik ditamatkan segera.

                                                                                                                       (Gambar fail sempadan Ukraine/AFP)

Rusia berdepan kegawatan ekonomi apabila negara-negara Barat yang bersatu dalam mengecam serangan negara tersebut ke atas Ukraine, mengenakan pelbagai sekatan terhadap negara itu.

Terbaharu, Kesatuan Eropah (EU) mengenakan sekatan terhadap oligarki atau golongan elit serta pegawai Rusia dan beberapa anggotanya menggesa blok itu agar memulakan perbincangan menamatkan konflik.

Presiden Rusia, Vladimir Putin bagaimanapun tidak menunjukkan sebarang petanda untuk mempertimbangkan semula pencerobahan terhadap negara jiran itu.

Menyifatkan negara Barat sebagai empayar tipu muslihat, beliau menolak segala tekanan yang dikenakan terhadap Rusia. - AFP

Media Baharu