fb fb fb fb fb

11 maut, seorang parah dirempuh bas sekolah di China.

FOTO CCTV

BEIJING, 3 September - Seramai 11 orang, termasuk lima pelajar maut selepas sebuah bas sekolah merempuh orang ramai di hadapan sebuah sekolah menengah, di bandar Tai'an, wilayah Shandong, timur China.

Enam lagi mangsa yang terkorban merupakan ibu bapa pelajar.

Ke semua mereka dirempuh ketika berada di hadapan sekolah berkenaan.

Menurut penyiar berita Xinhua, seorang mangsa dilaporkan berada dalam keadaan kritikal.

Pemandu bas berkenaan dipercayai hilang kawalan ketika menghampir kawasan sekolah.

Dia kemudian ditahan dan pihak berkuasa sedang menyiasat punca kejadian. - AFP

Trainee2