fb fb fb fb fb

11 maut, 5 cedera akibat letupan mercun

PATNA, 4 Mac- Sekurang-kurangnya 11 orang terbunuh di timur India selepas letupan besar berlaku di sebuah rumah yang dijadikan lokasi pembuatan mercun haram.

Majistret tempatan daerah Bhagalpur di negeri Bihar timur, Subrat Kumar Sen berkata, letupan pada Khamis turut memusnahkan empat buah rumah.

"Bunyi letupan kedengaran sejauh 15 kilometer, sebelas terbunuh dan lima lagi yang cedera sedang menjalani rawatan,” katanya.

(Gambar hiasan)

Jengkaut dan kren sedang membersihkan timbunan serpihan besar, dengan peluang tipis menemui mangsa yang tertimbus.

Perdana Menteri, Narendra Modi mengucapkan takziah atas insiden berkenaan.

Beliau memaklumkan, pihak pentadbiran menyediakan segala bantuan dalam operasi menyelamat.

Letupan adalah perkara biasa di bengkel mercun haram di seluruh India, kebanyakannya tidak mematuhi keperluan keselamatan asas dan beroperasi tanpa permit.

Pada 2019, 18 orang terbunuh dalam satu letupan di sebuah kilang mercun di negeri utara Punjab. -AFP

Media Baharu