fb fb fb fb fb

10 orang cedera dalam serangan di Kiev

KIEV, 29 April - Rusia meneruskan serangan ke tengah Kiev, mencederakan 10 orang.

Serangan dilakukan ketika lawatan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres ke ibu negara Ukraine itu.


(Serangan Rusia terhadap Kiev pada 28 April, ketika Setiausaha Agung PBB,
melawat ibu negara Ukraine/AFP)

Menurut Agensi Perkhidmatan Kecemasan, letupan kuat menggegarkan bandar Kiev pada pukul 5.15 minit petang waktu tempatan.

Roket yang dilepaskan mengenai satu blok pangsapuri 25 tingkat, memusnahkan sebahagian daripada dua tingkat.

Sebanyak 12 jentera bomba bergegas ke lokasi kejadian dan pasukan penyelamat mengesahkan 10 penduduk cedera.

Datuk Bandar Kiev, Vitali Klitschko kemudiannya mengesahkan serangan Moscow mengenai dua bangunan kediaman di daerah Shevchenkovsky.

Media Baharu