QUITO, 4 November- Sekurang-kurangnya 10 orang maut dalam nahas jalan raya di selatan Ecuador, semalam.
Menurut perkhidmatan kecemasan ECU 911, kejadian itu turut menyebabkan dua kanak-kanak mengalami kecederaan.
"Seorang bayi berusia sekitar setahun terselamat dan dibawa ke hospital bersama seorang kanak-kanak berusia enam tahun yang mengalami kecederaan parah.
"Insiden berlaku sekitar pukul 5.00 pagi apabila sebuah van terbabas di daerah Santiago dan terjunam ke dalam jurang Sungai Paute," menurut kenyataan itu.
ECU 911 menyatakan bahawa beberapa mangsa terperangkap di dalam kenderaan tersebut.
Punca kemalangan masih dalam siasatan.
Kemalangan jalan raya merupakan salah satu punca utama kematian di Ecuador. - AFP