fb fb fb fb fb

10 mati, 11 hilang kapal nelayan Sepanyol karam

FOTO AFP

MONTREAL, 16 Februari- Sekurang-kurangnya 10 nelayan terbunuh dan 11 orang lagi hilang apabila sebuah bot pukat tunda Sepanyol, karam akibat cuaca buruk dan laut bergelora di timur Kanada.

Menurut pegawai, cuaca buruk menyukarkan operasi menyelamat termasuk mangsa yang masih hidup.

“Terdapat 24 orang berada di atas kapal yang karam di kedudukan kira-kira 463 kilometer timur Newfoundland, kata pegawai. 

Pada awal selasa, Pusat Penyelarasan Penyelamat Bersama Kanada (JRCC) berkata pihaknya berjaya menemukan tujuh mayat dan menyelamatkan tiga mangsa yang masih hidup di Atlantik.

“Dukacita, JRCC Hfx mengesahkan tambahan tiga mangsa yang maut ditemui dari kapal nelayan yang karam, menurut status Twitter Halifax pada petang hari kejadian.

Kementerian Pengangkutan Sepanyol telah mengenal pasti mangsa iaitu 16 warga Sepanyol, lima warga Peru dan tiga warga Ghana.

Kapal nelayan Villa de Pitanxo, sepanjang 50 meter berpangkalan di pelabuhan Galicia telah menghantar dua isyarat kecemasan yang diterima kira-kira 5.24 pagi, menurut kenyataan kementerian pengangkutan itu.

Lima jam kemudian, sebuah kapal nelayan Sepanyol, kebetulan berada di kawasan kejadian mengesan dua rakit penyelamat, satu daripadanya membawa tiga mangsa yang terselamat dan beberapa mayat.

Penyelamat kemudian menemukan empat lagi mayat.

“Dalam satu rakit, terdapat hanya tiga orang yang terselamat namun berada dalam hipotermia kerana suhu air amat sejuk," kata Maica Larriba, wakil kerajaan pusat Sepanyol di wilayah Galicia, kepada stesen radio tempatan. -AFP

Media Baharu