fb fb fb fb fb

10,000 dipindahkan di Taiwan

foto Reuters

KAOHSIUNG, 2 Oktober - Semua sekolah dan pejabat di Taiwan ditutup hari ini susulan Taufan Krathon yang mula membadai selatan dan timur negara itu dengan hujan lebat dan angin kencang.

Menurut Kementerian Dalam Negeri, hampir 10,000 penduduk di kawasan berisiko juga telah dipindahkan sebagai langkah berjaga-jaga.

Semua penerbangan domestik dan perkhidmatan feri juga dibatalkan.

Beberapa syarikat penerbangan turut menangguhkan penerbangan antarabangsa dari Taiwan ke Jepun, Hong Kong, Filipina dan Korea Selatan.

Sementara itu, Pentadbiran Pusat Cuaca memaklumkan, Krathon yang kini bergerak pada kelajuan 173 kilometer sejam dengan angin sekuat 209 kilometer sejam dikesan kira-kira 160 kilometer dari barat daya selatan Kaohsiung setakat 7:00 pagi, waktu tempatan.

Krathon dijangka melemah sebelum membadai Kaohsiung atau Tainan, dalam tempoh beberapa jam lagi. -AFP

Trainee