fb fb fb fb fb

1 orang maut, 1 orang hilang, bot karam di selatan Thailand

(Foto hiasan)

BANGKOK, 13 Ogos- Seorang maut dan seorang lagi masih hilang selepas bot yang dinaiki terlibat dalam kemalangan di selatan Thailand.

Bot pelancong itu dan terbalik, menyebabkan tujuh penumpang Thailand terjatuh ke dalam sungai Bangtaboon daerah Ban Laem di wilayah Phetchaburi pada petang semalam.

Empat wanita dan seorang lelaki yang diselamatkan mengalami cedera ringan. Operasi mencari dua mangsa lain dilakukan sehingga tengah malam tadi.

Pihak polis berkata mereka telah menemui mayat seorang lelaki berusia awal dua puluhan.

Bagaimanapun, tiada maklumat mengenai penumpang ketujuh dan mangsa dipercayai lelaki berusia dalam lingkungan 20-an.

Pada 2018, 50 pelancong China maut selepas bot mereka terbalik di Phuket, Thailand.


(Foto hiasan)

Media Baharu