fb fb fb fb fb

2,000 penduduk dipindahkan akibat taufan Khanun

(Operasi menyelamat mangsa taufan Khanun di Korea Selatan/REUTERS)

MOSCOW, 13 Ogos- Lebih 2,000 penduduk bahagian timur Rusia dipindahkan selepas kawasan tersebut dilanda banjir akibat ribut tropika Khanun.

Jumlah itu termasuk 405 kanak-kanak.

Kementerian Situasi Kecemasan Rusia berkata hampir 5,000 bangunan telah dinaiki air di wilayah berkenaan, yang bersempadan dengan China dan Korea Utara.

Pasukan penyelamat telah mewujudkan 13 pusat penginapan sementara di wilayah itu.

Laporan agensi berita TASS menyebut, banjir di bandar Ussuriysk adalah yang terburuk dalam tempoh sedekad.

Khanun juga melanda Jepun pada minggu lalu dan menuju ke Semenanjung Korea.

Ribut itu juga memaksa puluhan ribu pengakap dipindahkan dari tapak perkhemahan jambori di Korea Selatan.-AFP


(Keadaan pantai di bandar pelabuhan bosan, Korea Selatan semasa taufan Khanun/AFP)

Media Baharu