fb fb fb fb fb

Hujan batu sebesar bola tenis di Minneapolis

(FOTO REUTERS)

MINNEAPOLIS, 13 Ogos- Hujan batu sebesar bola tenis melanda bandar barat tengah sini, Amerika Syarikat pada Jumaat lalu.

Kejadian merosakkan beberapa harta benda terutama kenderaan, bagaimanapun tiada sebarang kecederaan dilaporkan setakat ini.

Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan bandar itu melaporkan hujan batu tersebut berukuran sehingga sebesar 2.5 inci diameter (6.3 sentimeter).

Susulan itu, amaran ribut dikeluarkan selama dua hari sehingga hari ini bagi seluruh negeri dan negeri jiran, Wisconsin. -Reuters

(FOTO REUTERS)

Media Baharu