(Beruang digelar Hank the Tank yang ditangkap di California/Reuters)
TAHOE, 13 Ogos- Seekor beruang betina yang disyaki terlibat dalam beberapa siri 'pecah rumah' di California, Amerika Syarikat ditangkap oleh ahli biologi hidupan liar pada Jumaat lalu.
Jabatan Ikan dan Hidupan Liar negeri memaklumkan, beruang digelar Hank the Tank itu 'bertanggungjawab' terhadap 21 kejadian pecah rumah dan kerosakan harta benda di kawasan tasik di South Lake Tahoe di sini sejak tahun lalu.
"Ia disahkan menerusi ujian asid deoksiribonukleik (DNA) beruang terbabit di lokasi rumah berkenaan. Tiga anaknya turut ditangkap dalam usaha itu," menurut kenyataan.
Hank the Tank kini ditempatkan ke pusat perlindungan haiwan di Colorado. -Reuters
(Hank the Tank)