(FOTO AFP)
NICE, 13 Ogos- Tiga orang maut dalam kebakaran sebuah pangsapuri lima tingkat di bandar Grasse dekat French Riviera, Perancis, hari ini.
Jurucakap bomba, Aymeric Soufflet berkata, tiga lagi cedera parah, manakala empat cedera ringan dalam kejadian pukul 3.00 pagi waktu tempatan.
"Keadaan mangsa sentiasa boleh berubah dan punca kebakaran masih dalam siasatan," katanya.
Soufflet berkata, kebakaran menjejaskan tiga tingkat bermula dari tingkat paling atas.
Seorang lelaki maut selepas terjatuh dari tingkat atas ketika cuba mengelak daripada dijilat api, manakala dua lagi mayat ditemukan dalam bangunan terbabit.
Pusat bersejarah Grasse itu dianggap sebagai 'ibu negara' minyak wangi dunia.
(FOTO AFP)