fb fb fb fb fb

Empat orang maut, rumah meletup di Pennsylvania

(Foto Reuters)

PENNSYLVANIA, 13 Ogos- Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh apabila sebuah rumah di Plum, di sini meletup pada Sabtu.

Kejadian turut mengakibatkan tiga rumah berhampiran, musnah.

Seorang dilapor masih hilang selepas letupan yang jelas merosakkan puluhan rumah lain, lapor media tempatan.

Menurut pihak polis, semua aktiviti menyelamat dihentikan sementara sehingga Ahad pagi berikutan cuaca dan waktu malam.

"Seperti yang anda lihat, semua aktiviti membabitkan tragedi ini telah ditangguhkan pada sebelah petang berikutan cuaca dan keadaaan gelap serta keselamatan mereka yang terlibat.

"Pada ketika ini, kami mengesahkan empat orang maut dan seorang masih belum dapat dikesan," kata pegawai penyiasat Plum, James Little.

(Seorang dilapor masih hilang selepas letupan
yang jelas merosakkan puluhan rumah lain/Foto Reuters)

Ketua Polis Plum, Lanny Conley pula memberitahu pihaknya akan berkawal di sekitar kawasan kejadian bagi memastikan keselamatan penduduk.

Siasatan sedang dilakukan pihak polis bagi menyiasat punca kejadian.-REUTERS

Media Baharu