fb fb fb fb fb

Rakyat Korea Selatan bantah rancangan Jepun lepas air radioaktif ke laut

(Foto Reuters)

SEOUL, 13 Ogos- Lebih 100,000 rakyat Korea Selatan turun ke jalan raya di beberapa bandar di seluruh negara, pada Sabtu bagi membantah rancangan Jepun untuk melepaskan air radioaktif terawat dari loji kuasa nuklear Fukushima ke dalam laut.

Orang ramai daripada kumpulan awam yang berbeza berkumpul di pusat bandar Seoul, memegang papan tanda dan sepanduk sambil melaungkan slogan mengecam rancangan tersebut.

Menurut salah satu kumpulan awam terbesar dikenali Persekutuan Korea untuk Pergerakan Alam Sekitar, ia telah menerima tandatangan daripada kira-kira 350,000 orang melibatkan semua lapisan masyarakat yang menentang pelepasan itu.

"Sekiranya Jepun berkeras untuk meneruskan rancangannya, saya bimbang mungkin ada negara lain yang melakukan perkara sama apabila berdepan situasi seperti itu.

"Jadi langkah tersbut tidak seharusnya dibenarkan pada mula. Saya rasa orang ramai harus memikirkan isu itu dengan teliti dan memerhatikannya secara objektif, bukan hanya mempercayai bagaimana Jepun meletakkannya," kata seorang penduduk kepada China Central Television (CCTV).

"Saya fikir semua negara di dunia dan rakyat mereka harus bersuara dengan cara yang munasabah dan menjelaskan kepada kerajaan Jepun bahawa ia tidak sepatutnya melepaskan air tercemar nuklear ke lautan," kata seorang lagi penduduk.-REUTERS

(Rakyat Korea Selatan membantah rancangan Jepun
melepaskan air radioaktif  ke laut/Foto Reuters/Foto Reuters)

Media Baharu