fb fb fb fb fb

Tanah runtuh di utara China, angka kematian meningkat kepada 21 orang

(Foto Reuters)

BEIJING, 13 Ogos- Angka kematian akibat tanah runtuh yang dicetuskan oleh hujan hebat di utara China meningkat kepada 21 orang, lapor media kerajaan pada Ahad.

"21 orang ditemukan meninggal dunia setakat ini dan enam lagi masih hilang," kata biro pengurusan kecemasan Xi'an dalam satu kenyataan.

Awal pagi tadi, laporan menyatakan empat maut dalam kejadian itu.

Banjir kilat di perkampungan Weiziping, selatan Xi'an pada Jumaat telah mengakibatkan tanah runtuh, yang menghanyutkan dua buah rumah dan merosakkan jalan.

Turut terjejas bekalan elektrik dan infrastruktur lain seperti jambatan, kata radio awam negara CNR di rangkaian sosial Weibo.

Seratus askar serta anggota bomba telah digerakkan untuk operasi bantuan.

(Angka kematian akibat tanah runtuh yang dicetuskan oleh
hujan hebat di utara China meningkat kepada 21 orang/Foto Reuters)

CNR turut menyiarkan imej di Weibo yang menunjukkan anggota penyelamat membantu membawa mangsa di atas pengusung.

China telah menghadapi banjir yang membawa maut dan hujan bersejarah dalam beberapa minggu kebelakangan ini.

Jumlah kematian akibat ribut di bahagian utara negara itu mencecah sekurang-kurangnya 78; menurut angka terkini yang dilaporkan pada Jumaat.-AFP

Media Baharu