(Foto Hiasan)
CHITTAGONG, 13 Ogos- Sekurang-kurangnya 55 orang terbunuh dan lebih sejuta lagi terjejas akibat hujan lebat selama dua minggu yang menyebabkan banjir dan tanah runtuh, di tenggara Bangladesh.
Ketua Jabatan Meteorologi Bangladesh, Azizur Rahman berkata bencana yang berlaku sejak 1 Ogos telah mengorbankan 21 orang di Cox's Bazar, Chittagong (19), Bandarban (10) dan lima di Rangamati.
"Ini merupakan hujan lebat paling teruk berlaku dalam beberapa tahun kebelakangan ini," katanya kepada AFP.
Menurutnya, hujan lebat yang melanda wilayah itu hingga 11 Ogos lalu, telah mencetuskan banjir kilat yang menyebabkan sungai melimpah dan menenggelamkan ratusan kampung.
Jumlah mangsa yang terkorban hanya dapat disahkan selepas air banjir mulai surut.-AFP
(Mangsa yang terjejas banjir berlindung di landasan kereta
api selepas hujan lebat di Satkania pada 13 Ogos 2023/Foto AFP)