fb fb fb fb fb

Taufan Khanun: Rusia hantar pasukan petugas awasi kerja pembersihan

(Foto Reuters)

RUSIA, 13 Ogos- Rusia menghantar pasukan petugas bagi mengawasi kerja pembersihan di bahagian Timur Jauh negara itu, pada Ahad, selepas Taufan Khanun melanda wilayah Primorye.

Kementerian Kesihatan yang dipetik Agensi berita TASS Rusia memberitahu sejumlah 4,368 rumah dinaiki air; selain tujuh bangunan pangsapuri. Manakala 28 penempatan kekal terputus.

Kebanyakan rumah yang terjejas berada di bandar Ussuriysk dan Spassk-Dalny serta di daerah perbandaran Oktyabrsky, di wilayah Primorye.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan kementerian telah menghantar unit lebih awal, bagi mengelak kerosakan lebih serius.

Menurut TASS, banjir yang berlaku di Ussuriysk iaitu bandar kedua terbesar di Primorye, adalah yang terburuk dalam sedekad.

Ia telah menjejaskan antara 35 dan 40 peratus wilayahnya.-REUTERS

(Pemandangan udara kawasan dilanda banjir di Ussuriysk/Foto Reuters)

Media Baharu