FOTO AFP
SAO PAULO, 1 Februari - Banjir dan tanah runtuh akibat hujan lebat di Sao Paulo, selatan Brazil mengakibatkan sekurang-kurangnya 1,546 keluarga kehilangan tempat tinggal.
Kediaman penduduk dan infrastruktur musnah dalam bencana tersebut yang menjejaskan 27 bandar.
Menurut pegawai keselamatan awam, 24 orang termasuk lapan kanak-kanak maut sejak Jumaat lalu.
"Penduduk meneruskan usaha mencari mangsa yang hilang di bawah runtuhan," katanya.
Gabenor Sao Paulo, Joao Doria yang meninjau kawasan tersebut memaklumkan beliau telah meluluskan bantuan kecemasan bernilai 42.79 juta dollar AS kepada bandar-bandar yang terjejas.
Sejak Disember lalu, hujan lebat mencetuskan banjir besar yang membawa maut di timur laut Brazil.
Keadaan itu telah mengakibatkan aktiviti penuaian di tangguhkan di barat tengah dan memaksa penggantungan operasi perlombongan di negeri Minas Gerais itu. -AFP