fb fb fb fb fb

Tiga tahun selepas nahas, Ethiopian Airlines sambung semula penggunaan pesawat Boeing 737 MAX

FOTO AFP

(Gambar nahas pesawat Boeing 737 MAX diambil pada 16 Mac 2019 ketika siasatan dijalankan di lokasi nahas)

ADDIS ABABA, 1 Februari- Syarikat penerbangan terbesar Afrika, Ethiopian Airlines akan menyambung semula penggunaan pesawat Boeing 737 MAX, jenis pesawat yang pernah mencetuskan kebimbangan dalam kalangan industri penerbangan dunia, berhubung risiko terhempas.

Menerusi satu kenyataan, syarikat itu menyebut keputusan menyambung semula pengguna pesawat 737 MAX itu dibuat selepas pensijilan semula secara ketat dan menyeluruh oleh pengawal selia di Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah, China dan Ethiopia.

“Pesawat pertama akan berlepas pada Selasa ini,” jelas syarikat penerbangan itu tanpa memberi perincian lanjut.

Kira-kira tiga tahun lalu nahas udara di Ehtiopia melibatkan pesawat jenis itu menyebabkan ke semua 157 anak kapal dan kru pesawat terbunuh.

Penerbangan 302 dari Addis Ababa ke Nairobi menjunam selama enam minit selepas pesawat berlepas dan terhempas di satu kawasan padang di tenggara ibu negara Ethiopia pada Mac 2019.

Lima bulan selepas itu, tragedi sama berlaku di Indonesia mengorbankan 189 orang.

Dua nahas itu menyebabkan sistem baharu yang diperkenalkan Boeing, iaitu Sistem Penambahan Ciri-Ciri Manuver (MCAS) memerlukan penelitian lebih lanjut menjadikan ia krisis terburuk dalam sejarah syarikat itu. -AFP

Media Baharu