KPM komited tangani isu berkaitan kesalahan seksual terhadap kanak-kanak

ALOR SETAR, 24 Oktober– Kementerian Pendidikan (KPM) komited dalam menangani isu berkaitan kesalahan seksual terhadap kanak-kanak terutama membabitkan pelajar sekolah dan sentiasa memandang serius isu itu. Menterinya Fadhlina Sidek berkata KPM memberi komitmen sepenuhnya mengenai penguatkuasaan lebih tegas Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak…





