Media Baharu

Media Baharu

Kerajaan jamin bantu SUHAKAM promosi ikut acuan Malaysia

KUALA LUMPUR, 19 Januari – Kerajaan beri jaminan akan membantu Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) untuk mempromosi hak asasi manusia di negara ini selaras dengan Perlembagaan Persekutuan dan acuan Malaysia. Ia bertujuan menjaga kesejahteraan rakyat dan menangani sebarang perlanggaran…

26 orang maut, gempa bumi di Afghanistan

FOTO AFP AFGHANISTAN, 18 Januari – Sekurang-kurangnya 26 orang maut selepas gempa bumi melanda barat negara itu. Jurucakap wilayah Baz, Mohammad Sarwary menyatakan – lima wanita dan empat kanak-kanak adalah antara 26 orang yang terkorban dalam gempa bumi itu. Mangsa…

OKT mati mengejut akibat paru-paru berair

KUALA LUMPUR, 18 Januari – Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman mengesahkan kematian Orang Kena Tahan, OKT di lokap Balai Polis Pengkalan Chepa, Kelantan baru-baru ini disebabkan paru-paru berair. Lelaki tempatan berusia 37 tahun terbabit diklasifikasikan sebagai mati…

Gagal bayar jaminan, Petro Poroshenko boleh dipenjara

FOTO AFP UKRAINE, 18 Januari- Bekas Presiden Ukraine, Petro Poroshenko mungkin terpaksa bermalam di penjara jika gagal membayar jaminan AS$35 juta seperti diminta pihak pendakwa raya. Ketetapan mengenainya bagaimanapun belum diputuskan mahkamah. Jumlah jaminan diminta pihak pendawaan untuk dikenakan kepada…

Bot bawa migran terbalik, 43 maut

RABAT, 18 Januari- Seramai 43 migran, termasuk tiga bayi maut apabila bot dinaiki mereka terbalik berhampiran pesisir pantai Tarfaya di selatan Maghribi. Badan hak asasi bukan kerajaan Sepanyol, Caminando Fronteras, memaklumkan seramai 10 individu berjaya diselamatkan dalam insiden bot karam…

Warga Britain korban pertama tragedi tsunami Tonga

SYDNEY, 18 Januari- Pihak berkuasa mengesahkan kes kematian pertama susulan letusan gunung berapi dasar laut berhampiran kepulauan Pasifik Tonga sehingga mencetuskan tsunami. Mangsa wanita warga Britain dikenali sebagai Angela Glover, 50 tahun dilapor dihanyutkan ombak tsunami setinggi 1.2 meter yang membadai…

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.