Media Baharu

Media Baharu

Beriani Johor diangkat sebagai makanan warisan Johor

JOHOR BAHRU, 19 Oktober– Sajian Nasi Beriani Johor diangkat sebagai salah satu makanan warisan Johor, seterusnya menjadi produk tarikan pelancongan negeri itu bersama menu lain seperti telur pindang, kuih lopes dan mi rebus. Pengiktirafan itu diberikan selepas melalui fasa kajian…

Angkara kejar lampu isyarat hijau, sebuah lori terbalik

KUALA KEDAH, 19 Oktober– Sebuah lori yang dipandu terbalik selepas membelok gara-gara mengejar lampu isyarat hijau di Jalan Batas Paip, Taman Bersatu, di sini. Kejadian yang berlaku kira-kira pukul 11.00 pagi tadi itu menyebabkan tumpahan minyak diesel dan minyak enjin daripada…

Johor beri perhatian projek sedia ada libatkan BSI dan KSAB

JOHOR BAHRU, 19 Oktober – Kerajaan Johor bakal memberikan perhatian terhadap pelaksanaan projek sedia ada melibatkan Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB). Ini berikutan terdapat pertambahan jumlah pengguna setiap hari bagi kedua-dua hala Malaysia-Singapura. Menteri Besar…

Agong kurnia 292 pingat kepada tentera

(Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong berkenan berangkat ke Istiadat Pengurniaan Darjah Kepahlawanan Angkatan Tentera (DKAT) di Istana Negara/BERNAMA) KUALA LUMPUR, 19 Oktober – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mencemar duli ke Istiadat Pengurniaan Darjah Kepahlawanan Angkatan…

Penderaan seksual, lapan anggota pengaman PBB ditahan

CONGO, 19 Oktober- Lapan anggota pengaman Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) di Republik Demokratik Congo telah ditahan atas dakwaan penderaan seksual. Misi pengaman PBB di timur Congo yang dikenali sebagai MONUSCO itu berkata kes salah laku serius tersebut akan disiasat. “Kami…

JPJ Kedah keluar 100 notis saman pelbagai kesalahan

ALOR SETAR, 19 Oktober- Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah mengeluarkan saman 100 notis saman terhadap pemandu kenderaan barangan dan perkhidmatan atas pelbagai kesalahan bawah Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987, Kaedah-kaedah Pembinaan dan Penggunaan (C&U) 1959 dan Akta Pengangkutan Awam Darat…

Rusia hantar 27 tan bantuan kemanusiaan ke Gaza

MOSCOW, 19 Oktober- Rusia telah menghantar 27 tan bantuan kemanusiaan untuk orang awam di Semenanjung Gaza. Kementerian Situasi Kecemasan Moscow berkata bantuan tersebut akan dihantar menerusi pintu masuk Mesir. Sebuah pesawat khas telah berlepas dari lapangan terbang di Ramenskoye, Moscow untuk…

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.