Dua bilik pentadbiran SK Parit Serong rosak akibat kebakaran

Foto BOMBA KUALA SELANGOR

KUALA SELANGOR, 22 Jun – Bilik pentadbiran dan bilik unit sumber Sekolah Kebangsaan (SK) Parit Serong di Tanjong Karang mengalami kerosakan akibat kebakaran awal pagi tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Panggilan kecemasan diterima pada 12:50 tengah malam; jentera BBP Tanjong Karang tiba dalam 11 minit.
  • Operasi turut dibantu BBP Kuala Selangor dan Sungai Besar dengan kekuatan 13 anggota.
  • Kebakaran dikawal pada 1:13 pagi; tiada kemalangan jiwa; operasi tamat sepenuhnya pada 3:56 pagi.

Jabatan Bomba dan Penyelamat menerima panggilan kecemasan pada pukul 12:50 tengah malam sebelum jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanjong Karang bergegas ke lokasi dan tiba sebelas minit kemudian.

Operasi pemadaman turut dibantu anggota dari BBP Kuala Selangor dan Sungai Besar dengan kekuatan 13 anggota.

Komander Operasi, Abdul Rafar Zulkifly berkata kebakaran melibatkan bangunan sekolah kelas A yang diperbuat daripada binaan batu bata.

“Siasatan awal mendapati kebakaran melibatkan dua bilik iaitu bilik pentadbiran dan bilik unit sumber dengan keluasan keseluruhan kawasan terjejas dianggarkan 60 kaki x 25 kaki,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kebakaran tersebut berjaya dikawal pada pukul 1:13 pagi dan dan kerja pemadaman serta pembersihan diteruskan bagi memastikan tiada punca api yang boleh mencetuskan kebakaran semula.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan operasi tamat sepenuhnya pada pukul 3:56 pagi.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.