Media Baharu

Media Baharu

10 orang cedera dalam serangan di Kiev

KIEV, 29 April – Rusia meneruskan serangan ke tengah Kiev, mencederakan 10 orang. Serangan dilakukan ketika lawatan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres ke ibu negara Ukraine itu. (Serangan Rusia terhadap Kiev pada 28 April, ketika Setiausaha Agung…

RM24.4 juta bantuan Aidilfitri MAIWP untuk asnaf

KUALA LUMPUR, 29 April– Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) memperuntukkan sebanyak RM24.4 juta Bantuan Aidilfitri untuk golongan asnaf pada tahun ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad berkata, bantuan ini memberi manfaat bagi 30,300…

JPJ Terengganu teruskan teknik penyamaran

KUALA TERENGGANU, 29 April – Teknik penyamaran anggota penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu sebagai penumpang bas ekspress akan diteruskan pada musim perayaan kali ini. Pengarahnya, Zulkarnain Mat Yasin berkata taktik itu dilihat berkesan bagi memastikan pemandu bas ekspress mematuhi…

Liga Perdana Inggeris: Ronaldo berjaya ikat Chelsea 1-1

MANCHESTER, 29 April– Manchester United gagal memanfaatkan peluang mengutip tiga mata penuh berdepan Chelsea dalam aksi Liga Perdana awal pagi tadi. Skuad kendalian Ralf Rangnick itu hanya berjaya mengikat mata seri 1-1 sekali gus memberi tamparan hebat buat beliau untuk…

Kes hepatitis pada kanak-kanak membimbangkan – EU

STOCKHOLM, 29 April – Kesatuan Eropah (EU) menyifatkan kes hepatitis yang berlaku dalam kalangan kanak-kanak di rantau berkenaan sebagai satu masalah kesihatan awam yang membimbangkan. Pusat Pencegahan dan Kawalan Penyakit Eropah (ECDC) mengesan 191 kes hepatitis dilaporkan di seluruh dunia…

KPT luluskan penubuhan UKKM

IPOH, 29 April– Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah meluluskan penubuhan Universiti Keusahawanan Koperasi Malaysia (UKKM) yang bakal membuka lembaran baharu dalam usaha memperkasakan agenda keusahawanan khususnya di peringkat institut pengajian tinggi (IPT). Menterinya, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata UKKM…

Kes demam campak melonjak 400 peratus di Afrika tahun ini

BRAZZAVILLE, 29 April– Afrika berdepan ledakan penyakit yang boleh dicegah akibat kelewatan memberi vaksin kepada kanak-kanak, kata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Khamis, dengan kes demam campak melonjak 400 peratus. Dua puluh negara Afrika melaporkan wabak demam campak pada suku…