
OSLO, 17 Jun – Istana Diraja Norway mengumumkan bahawa Puteri Mahkota Mette-Marit selamat menjalani pembedahan pemindahan paru-paru selepas menderita penyakit fibrosis pulmonari yang jarang berlaku sejak lapan tahun lalu.
- Istana Diraja: proses pembedahan kritikal berjalan lancar dan berjaya.
- Puteri Mahkota akan terus ditempatkan di Hospital Universiti Oslo Rikshospitalet untuk beberapa minggu mengikut prosedur penerima organ baharu.
- Penyakit dikesan pada 2018; keadaan beliau merosot sejak enam bulan lalu dan dimasukkan ke senarai menunggu pada 5 Jun.
Menurut kenyataan rasmi istana, proses pembedahan kritikal berkenaan berjalan lancar dan berjaya.
“Kami amat gembira kerana segala-galanya berjalan dengan baik setakat ini. Selaras dengan prosedur standard bagi mana-mana penerima organ baharu, Puteri Mahkota akan terus ditempatkan di Hospital Universiti Oslo Rikshospitalet untuk tempoh beberapa minggu akan datang,” kata pakar paru-paru hospital berkenaan, Are Holm.
Penyakit kronik yang menyebabkan kesukaran bernafas itu dikesan pada 2018.
Kondisi kesihatan Mette-Marit, 52, yang menyebabkan pembentukan tisu parut pada paru-paru dilaporkan merosot secara drastik sejak enam bulan lalu.
Susulan perkembangan itu, barisan doktor yang merawat beliau mengumumkan pada 5 Jun lalu bahawa nama baginda telah dimasukkan ke dalam senarai menunggu untuk pemindahan organ tersebut.- AFP