
KUALA LUMPUR, 8 April – Pasukan Tenaga Nasional Berhad (TNB Thunderbolts/ThunderStars) tampil dengan keyakinan tinggi menjelang saingan Liga Hoki Malaysia musim ini selepas melakukan persiapan rapi sejak Januari lalu.
- Skuad diperkuat 16 pemain kebangsaan, jumlah tertinggi pernah direkodkan pasukan.
- Kehadiran barisan elit negara membuktikan kesungguhan pasukan tetapi bukan jaminan kejayaan.
- Pemain import Jang Jong Hyun dihargai kerana kemahiran hantaran tajam, ketepatan tinggi dan konsistensi prestasinya.
- Pihak pengurusan mensasarkan trebel musim ini kerana semua pemain terbaik Malaysia beraksi untuk TNB.
Skuad kendalian Mohd. Madzli Ikmar Mohd. Nor diperkuat dengan kehadiran 16 pemain kebangsaan jumlah tertinggi pernah direkodkan pasukan itu, berbanding hanya 12 pemain pada musim lalu.
Menurut Madzli, kehadiran barisan pemain elit negara itu membuktikan kesungguhan pasukan untuk tampil lebih kompetitif, namun menegaskan ia bukan jaminan kejayaan.
Tambah beliau, semua pemain kini berada pada tahap kesiapsiagaan terbaik menjelang aksi Piala Sumbangsih di di Stadium Hoki Majlis Bandaraya Kuala Terengganu Sabtu nanti sabtu ini, sekali gus memberi bayangan TNB bersedia mempamerkan karakter sebenar mereka di gelanggang.
Mengulas mengenai pemain import, Madzli menyatakan kepuasan terhadap prestasi pemain Korea Selatan, Jang Jong Hyun, yang terus menjadi sandaran pasukan.
Katanya, pemain itu memiliki kelebihan dari segi kemahiran hantaran yang tajam serta ketepatan tinggi, selain konsisten berdasarkan prestasinya di pasukan kebangsaannya sebelum ini.
Faktor itu menjadi antara sebab utama TNB mengekalkan khidmatnya bagi memperkuat jentera pasukan musim ini.
Pihak pengurusan sudah meletakkan trebel pada tahun ini memandangkan semua pemain terbaik di Malaysia bermain untuk pasukan TNB.