TFC rombak pasukan, kontrak Gabriel Silva tidak disambung

KUALA TERENGGANU, 4 Januari – Terengganu FC (TFC) mengumumkan menamatkan kontrak pemain sayap import Gabriel Silva atau lebih mesra dengan panggilan Gabi berkuat kuasa 1 Jan 2026

RINGKASAN BERITA AI
  • TFC mengumumkan penamatan kontrak bersama Gabriel Silva berkuat kuasa 1 Jan 2026 melalui persetujuan bersama.
  • Keputusan dibuat menurut undang-undang dan peraturan berkaitan kontrak pemain import.
  • Tujuan penamatan adalah untuk memperkemas dan memperkukuh prestasi kelab bagi baki saingan.
  • Langkah ini berkaitan persediaan menghadapi baki Liga Super dan Piala Malaysia.
  • TFC kini berada di tangga kelima Liga Super dengan 18 mata selepas 13 perlawanan.

Ketua Pegawai Eksekutif Terengganu Football Club Sdn Bhd (TFCSB) Sheikh Farouk Sheikh Mohamed Al-Bajrai berkata pihaknya mencapai persetujuan bersama untuk penamatan kontrak pemain kelahiran Brazil itu mengikut undang-undang serta peraturan.

Beliau berkata keputusan itu diambil bagi memperkemas dan memperkukuh prestasi kelab dalam menghadapi baki saingan Liga Super dan Piala Malaysia yang bakal bermula tidak lama lagi.

“TFC ingin mengumumkan kelab ini dan Gabi telah mencapai persetujuan untuk penamatan kontrak lebih awal sebelum tamat musim 2025/2026,” katanya dalam kenyataan hari ini.

TFC ketika ini menduduki tangga kelima Liga Super di belakang Kuala Lumpur City FC selepas mengumpul 18 mata daripada 13 perlawanan. – BERNAMA