Skuad B-23 jalani latihan bersama E Elavarasan mulai Ahad ini

KUALA LUMPUR, 25 November – Penolong Ketua Jurulatih pasukan bola sepak kebangsaan E Elavarasan bakal mengendalikan kem latihan pusat pertama skuad Bawah 23 Tahun (B-23) negara sejak dilantik sebagai pengendali pasukan itu pada 1 September lepas.

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dalam kenyataan semalam memaklumkan kem latihan skuad B-23 bermula 27 Nov sehingga 6 Dis depan ialah sebagai persiapan menghadapi beberapa pertandingan antarabangsa pada tahun hadapan.

“Skuad B-23 kebangsaan akan mengharungi beberapa pertandingan antarabangsa yang penting tahun hadapan seperti Kejuaraan AFF B-23, Sukan SEA 2023 dan Kelayakan Piala Asia B-23 2024,” menurut kenyataan itu.

(E Elavarasan/FOTO BERNAMA)

Justeru, Elavarasan telah menyenaraikan seramai 25 pemain untuk ke kem latihan pusat tersebut sementara lapan lagi pemain diletakkan dalam senarai bersedia sekiranya terdapat sebarang perubahan. 

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.