Shereen Samson sasar catatan terbaik di Osaka

Shereen Samson akan beraksi di kejohanan 13th Michitaka Kinami Memorial Athletics Meet yang berlangsung di Osaka, Jepun pada 10 Mei ini – Olahraga Malaysia

KUALA LUMPUR, 7 Mei – Ratu pecut 400 meter negara, Shereen Samson Vallabouy, kini dalam momentum terbaik untuk memburu catatan masa lebih pantas pada kejohanan 13th Michitaka Kinami Memorial Athletics Meet yang berlangsung di Osaka pada 10 Mei depan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Berbekalkan keyakinan selepas Terbuka Singapura, beliau mensasarkan larian 400m di bawah 54 saat.
  • Latihan di Amerika Syarikat membuat beliau biasa cuaca sejuk, jadi suhu rendah tidak dijangka menjejaskan prestasi.
  • Menekankan sesi pemanasan badan lebih intensif sebelum perlumbaan sebagai persediaan utama.
  • Selepas bergelut dengan kecederaan hamstring, beliau menggunakan kejohanan untuk pulih, berfasa peaking dan mengejar rekod peribadi.

Berbekalkan keyakinan tinggi selepas penyertaan di Terbuka Singapura baru-baru ini, Shereen meletakkan sasaran peribadi untuk melakukan larian 400 meter di bawah catatan 54 saat.

Meskipun suhu di Osaka mencecah sekitar 15 hingga 16 darjah Celsius, pelari itu yakin ia tidak akan menjejaskan prestasinya.

Shereen Samson meletakkan sasaran peribadi untuk melakukan larian 400 meter di bawah catatan 54 saat. – RTM

“Saya rasa bersedia. Sebelum ini saya menjalani latihan di Amerika Syarikat, jadi saya sudah biasa dengan cuaca sejuk seperti ini.

“Apa yang penting adalah sesi memanaskan badan yang lebih intensif sebelum perlumbaan bermula,” katanya ketika ditemui RTM.

Selepas bergelut dengan kecederaan ‘hamstring’ yang menghalangnya beraksi di Sukan SEA Thailand sebelum ini, beliau menyifatkan kejohanan di Jepun sebagai proses pemulihan dan peningkatan prestasi.

Atlet negara, Shereen Samson Vallabouy – RTM

Beliau yang kini berada dalam fasa membina prestasi (peaking) menyasarkan memperbaharui rekod peribadi terbaiknya (PB).

Selepas berakhirnya saingan di Osaka, Shereen dijadualkan menyertai Terbuka Taiwan sebagai sebahagian daripada kalendar musim 2026.