
KUALA LUMPUR, 16 April– Beregu wanita negara, Pearly Tan menarik diri daripada skuad kebangsaan menjelang saingan Piala Uber di Horsens, Denmark dari 24 April hingga 3 Mei ini akibat kecederaan belakang berulang.
- BAM memaklumkan keputusan dibuat selepas penilaian akhir terhadap tahap kecergasan pemain.
- Pengarah Kejurulatihan Rexy Mainaky berkata pemain tidak berada pada tahap diperlukan untuk bersaing di pentas tertinggi.
- Keputusan diambil untuk memastikan pasukan sepenuhnya bersedia.
- Ketiadaan Pearly memberi tamparan awal dan memaksa barisan kejurulatihan menyusun semula strategi.
Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dalam satu kenyataan memaklumkan keputusan itu dibuat selepas penilaian akhir terhadap tahap kecergasan pemain berkenaan.
Pengarah Kejurulatihan Beregu Negara, Rexy Mainaky menjelaskan keadaan pemain beregu ranking kedua dunia itu tidak berada pada tahap terbaik untuk bersaing di pentas tertinggi.
“Pearly tidak berada dalam keadaan yang membolehkan dia beraksi pada tahap diperlukan. Kami terpaksa membuat keputusan ini bagi memastikan pasukan benar-benar bersedia,” katanya dalam kenyataan berkenaan.
Ketiadaan Pearly dilihat memberi tamparan awal buat skuad negara menjelang saingan, sekali gus memaksa barisan kejurulatihan menyusun semula strategi bagi menghadapi cabaran di kejohanan berprestij itu.