Piala Dunia 2026: Amerika Syarikat mara ke pusingan 16 terbaik

Balogun meraikan jaringan gol bersama rakan sepasukannya. Foto/AFP

SAN FRANCISCO, 2 JULAI – Amerika Syarikat mengulangi pencapaian pada Piala Dunia 2022 Qatar untuk mara ke pusingan 16 terbaik selepas menewaskan Bosnia dan Herzegovina 2-0 dalam aksi pusingan kalah mati awal pagi tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Folarin Balogun buka jaringan menerusi rembatan leret dalam kotak penalti pada masa kecederaan babak pertama.
  • Balogun dilayangkan kad merah pada minit ke-64 selepas terjahan keras terhadap pertahanan Tarik Muharemovic.
  • Malik Tillman menggandakan jaringan menerusi sepakan percuma yang mengelirukan penjaga gol Nikola Vasilj.

Beraksi di hadapan penyokong sendiri, skuad kendalian Maurico Pochettino itu meledakkan gol pembukaan menerusi penyerang Folarin Balogun menerusi rembatan leret dalam kotak penalti pada waktu kecederaan, babak pertama perlawanan.

Menjelang minit ke-64 skuad perlawanan, Amerika Syarikat terpaksa beraksi dengan 10 orang pemain selepas Balogun dilayangkan kad merah susulan terjahan keras yang dilakukan ke atas pemain pertahanan, Tarik Muharemovic.

Bosnia yang dibimbing Sergej Barbarez gagal menggunakan kelebihan pemain untuk menggandakan asakan, mereka sebaliknya dibolosi dengan gol kedua hasil jaringan Malik Tillman menerusi sepakan percuma yang mengelirukan penjaga gol, Nikola Vasilj.

Pasukan yang diberi jolokan The Stars and Stripes berkenaan dijadual berdepan Belgium pada pusingan 16 terbaik pada 7 Julai ini.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.