Lelaki maut dalam nahas dua kenderaan

Foto JBPM Pahang

KUANTAN, 3 Julai – Seorang lelaki maut dalam nahas melibatkan dua kenderaan berhampiran Sekolah Kebangsaan Durian Tawar, Bera pagi tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Mangsa Muhamed Sharif Mohamed Ali, 37, disahkan meninggal dunia oleh KKM di tempat kejadian.
  • Lima anggota BBP Triang dikejarkan ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan.
  • Seorang mangsa tersepit dalam sebuah MPV dan dibebaskan menggunakan peralatan menyelamat oleh bomba.
  • Mayat diserahkan kepada polis; pemandu kenderaan kedua mengalami kecederaan ringan dan dibawa ke hospital.

Mangsa, Muhamed Sharif Mohamed Ali berusia 37 tahun disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di tempat kejadian.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Mohd Salahuddin Isa berkata, lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Triang bersama jentera segera ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan pada pukul 9.59 pagi.

“Ketika tiba di lokasi, didapati seorang mangsa tersepit di dalam sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV). Seorang lagi mangsa, yang merupakan pemandu sebuah lagi MPV, mengalami kecederaan ringan.

“Pihak bomba berjaya mengeluarkan mangsa yang tersepit menggunakan peralatan menyelamat.

“Mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. Mangsa yang cedera dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan,” katanya menerusi kenyataan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.