
KLANG, 14 September – Perak mengukuhkan kedudukan sebagai antara pasukan unggulan hoki negara apabila muncul juara Piala TNB Tun Abdul Razak 2026, meskipun hanya menjalani dua sesi latihan bersama sebelum kejohanan.
- Latihan taktikal dan analisis video digunakan untuk kaji corak lawan, fokus tekanan semasa serangan lawan dan tindakan pada penghujung perlawanan.
- Skuad gabungan pemain berpengalaman serta lima pemain SUKMA, termasuk bekas pemain kebangsaan dan bekas pemain junior negara.
- Pemain senior memberi motivasi kepada pemain muda; kejayaan dilihat sebagai permulaan untuk memulihkan status Perak dan amaran kepada pasukan lain.
Jurulatih Perak, Manjit Singh berkata, persiapan singkat itu tidak menghalang anak buahnya menampilkan prestasi terbaik, dengan hanya lima pemain dalam skuad kali ini merupakan pemain SUKMA.
Katanya, baki pemain terdiri daripada pemain berpengalaman termasuk bekas pemain kebangsaan dan bekas pemain junior negara.
“Persiapan taktikal turut menjadi antara faktor kejayaan Perak, termasuk beberapa sesi perbincangan dan analisis video bagi mengkaji corak permainan Terengganu.
Antara fokus utama ialah kaedah melakukan tekanan ketika Terengganu membina serangan serta tindakan yang perlu diambil pada penghujung perlawanan,” katanhya ketika ditemui selepas kejohanan.
Beliau berkata, pemain senior turut memainkan peranan penting dalam memberikan motivasi kepada pemain muda, khususnya mereka yang pertama kali merasai pengalaman menjuarai Piala TNB ini.
Manjit menyifatkan kejayaan itu sebagai permulaan kepada usaha mengembalikan Perak sebagai antara pasukan unggulan hoki negara, selain menjadi amaran awal kepada pasukan lain.
Perak turut menyasarkan untuk mempertahankan kejuaraan dan muncul juara berturut-turut pada edisi akan datang.