Penang FC desak MFL siasat Kuching City FC

Exco Belia, Sukan dan Kesihatan Daniel Gooi Zi Sen/ Foto BERNAMA

George Town, 26 Mac – Liga Bolasepak Malaysia (MFL) digesa menyiasat secara profesional isu pemain Kuching City FC yang diturunkan walaupun tidak berdaftar ketika menentang Penang FC di Stadium Bandaraya.

RINGKASAN BERITA AI
  • Daniel Gooi, Pengerusi Penang FC dan Exco negeri, menegaskan penurunan pemain tidak berdaftar melanggar standard tatakelola bolasepak.
  • Kuching City FC mengaku kesilapan teknikal, memohon maaf dan menyerahkan perkara untuk siasatan MFL.
  • Penang FC telah mengemukakan aduan rasmi kepada MFL berhubung penggunaan pemain yang dipertikaikan.

Gesaan itu dibuat oleh Pengerusi Kelab Bolasepak Pulau Pinang yang juga Exco Belia, Sukan dan Kesihatan negeri, Daniel Gooi Zi Sen.

Beliau menegaskan tindakan menurunkan pemain yang tidak berdaftar melanggar standard tatakelola bolasepak dunia dan tidak sepatutnya berlaku.

“Ini sangat jelas… mana-mana pasukan yang menampilkan pemain yang tidak layak, maksudnya tidak berdaftar, tidak layak. Harap MFL dapat menyiasat perkara ini secara profesional dan mengikut kod etika serta tatakelola yang telah ditetapkan,” kata Daniel Gooi.

Sebelum ini, Kuching City FC menegaskan isu melibatkan Scott Phillip Galang Woods berpunca daripada kesilapan teknikal.

Pasukan itu turut memohon maaf dan menyerahkan perkara tersebut untuk siasatan MFL.

Susulan itu, Penang FC telah mengemukakan aduan rasmi kepada MFL berhubung perkara tersebut.